Friday, June 29, 2012

:: Father's day..trlmbat kah aku? ::

 Happy Father's Day 

to my beloved n only dad in the world. 
MR.BASHRI BAHARUN

masih lg di bulan hari bapa so maaf kalau entry ni agak lapok.. dh lame di simpan dlm draft. Kata2 yg mungkin akan sekali wat aku rasa fragile and sensitive. BAPA, AYAH, PAPA..

I'm grateful for having a wonderful men as my father even though he is away from me coz my parent relationship was providence were not together. Aku sperti hidup dlm alam maya ku sndri mengatakan bapak aku itu seorg superman. Sibuk mnyelamatkn dunia tapi masih memikul tanggungjawab seorg bapa dengan baik. So aku syg sgt2 ayah aku.

here some thought of "man"

(Dedicated to all pretty boys, handsome men, and beautiful father out there)

Lelaki bagaimana yang ingin kau jadi?
Lelaki warak, patuh agama, perangai sopan?
Lelaki minum arak, main judi, kaki perempuan?
Lelaki yang paling agung adalah lelaki yang akan jadi bapa. Yang mana bila tiba mula pegang nafkah dan berhenti segala mungkar.  Lelaki yang macam mana layak dipanggil bapa. Lelaki yang azankan anaknya ketika lahir. Lelaki yang menjaga tiap detik sukar isteri dan anaknya. Lelaki yang jadi imam dan wali perempuannya. Lelaki yang melindung isi keluarganya. Lelaki yang cuba melengkap segala.
Pergi sekolah tak berhantar. Tak ada tangan bapa nak disalam tiap pagi. Untung nasib jiran yang hantar. Itu pun kadang disalah erti. Tiap penyampaian hadiah tak ada nak tangkap gambar. Tak ada siapa untuk membanggakan. Tak ada bapa untuk tenangkan bila berdebar. Tak ada bapa yang usap kepala menenangkan. Tiap kali diraba, dicaci, dihina, langsung tak dilindung. Kalau datang pun Ayahanda Abang-Abang Long, yang sepatutnya ada, ialah ayah kandung.
Apa ini yang kau nak untuk seorang anak?
Kau nak sepanjang hayat hidup anak kau punya perasaan dengki pantang tengok anak orang dipeluk bapak? Dengki tengok anak buah sendiri dibelai abang ipar? Kau nak anak kau berpeleseran macam budak tak ada bapak? Merayau macam langsuir tak ada tuan?
Anak yang senang-senang orang panggil liar. Anak yang sering ada masalah isi borang butir bapa, masalah daftar sekolah, masalah mohon biasiswa sebab kehadiran kau tak dikenalpasti hidup mati? Kau nak anak kau habiskan tiap air mata setiap hari mengenangkan kau yang lupa janji-janji? Yang setiap detik pikul rindu cuma pada binti?


Jangan jadi lelaki yang kau tak mahu anak perempuan kau kahwini. Tolong jaga anak isteri. Jadilah bapa yang satu hari anaknya tahu mengenang budi. 
Be a good man to your daughter; for her to get a good man in the future.

No comments:

Pages

Unordered List