Happy Father's Day
to my beloved n only dad in the world.
MR.BASHRI BAHARUN
masih lg di bulan hari bapa so maaf kalau entry ni agak lapok.. dh lame di simpan dlm draft. Kata2 yg mungkin akan sekali wat aku rasa fragile and sensitive. BAPA, AYAH, PAPA..
I'm grateful for having a wonderful men as my father even though he is away from me coz my parent relationship was providence were not together. Aku sperti hidup dlm alam maya ku sndri mengatakan bapak aku itu seorg superman. Sibuk mnyelamatkn dunia tapi masih memikul tanggungjawab seorg bapa dengan baik. So aku syg sgt2 ayah aku.
here some thought of "man"
(Dedicated to all pretty boys, handsome men, and beautiful father out there)
Lelaki bagaimana yang ingin kau jadi?
Lelaki warak, patuh agama, perangai sopan?
Lelaki minum arak, main judi, kaki perempuan?
Lelaki yang paling agung adalah lelaki yang akan jadi bapa. Yang mana
bila tiba mula pegang nafkah dan berhenti segala mungkar. Lelaki yang
macam mana layak dipanggil bapa. Lelaki yang azankan anaknya ketika
lahir. Lelaki yang menjaga tiap detik sukar isteri dan anaknya. Lelaki
yang jadi imam dan wali perempuannya. Lelaki yang melindung isi
keluarganya. Lelaki yang cuba melengkap segala.
Pergi sekolah tak berhantar. Tak ada tangan bapa nak disalam tiap pagi.
Untung nasib jiran yang hantar. Itu pun kadang disalah erti. Tiap
penyampaian hadiah tak ada nak tangkap gambar. Tak ada siapa untuk
membanggakan. Tak ada bapa untuk tenangkan bila berdebar. Tak ada bapa
yang usap kepala menenangkan. Tiap kali diraba, dicaci, dihina, langsung
tak dilindung. Kalau datang pun Ayahanda Abang-Abang Long, yang
sepatutnya ada, ialah ayah kandung.
Apa ini yang kau nak untuk seorang anak?
Kau nak sepanjang hayat hidup anak kau punya perasaan dengki pantang
tengok anak orang dipeluk bapak? Dengki tengok anak buah sendiri dibelai
abang ipar? Kau nak anak kau berpeleseran macam budak tak ada bapak?
Merayau macam langsuir tak ada tuan?
Anak yang senang-senang orang panggil liar. Anak yang sering ada masalah
isi borang butir bapa, masalah daftar sekolah, masalah mohon biasiswa
sebab kehadiran kau tak dikenalpasti hidup mati? Kau nak anak kau
habiskan tiap air mata setiap hari mengenangkan kau yang lupa
janji-janji? Yang setiap detik pikul rindu cuma pada binti?
Jangan jadi lelaki yang kau tak mahu anak perempuan kau kahwini. Tolong
jaga anak isteri. Jadilah bapa yang satu hari anaknya tahu mengenang
budi.
Be a good man to your daughter; for her to get a good man in the
future.